Sunday, 2 February 2014


Assalamualaikum.... Blog ini adalah hasil pembelajaran di salah sebuah universiti di M'sia demi untuk segulung ijazah...sekiranya ada sesiapa tersingggung harap dimaafkan....tq









KOLEKSI MANIK....SIAPA SUKA MANIK BOLEH TRY.......

KOLEKSI JUBAH












Assalamualaikum...

Kali ni saya nak ajak kawan-kawan belajo buat baju sdiri ehehhehe...apa salah nyer yer tak?kita kongsi sedikit ilmu yang kita ada.Saya tahu ramai antara korang tak der mase nak pergi kelas jahit menjahit ni.Ada di kalangan kawan-kawan kite yang bekerja ni dah beli mesin jahit tapi buat perhiasan kat umah ahahaha...Apa kata pada hari terluang tu kita praktikkan ilmu yang saya bagi ni muhhuhuuhu...ok murid-murid pi bukak kitab ehehhehe..kita blajo buat bloaus biase-biase je dulu yerkk..kite buat pola baju dulu..nanti di lain episod saya tunjukan aturan jahit yer..


Senjata yang di perlukan:


1.Bom Atom ...ehehehhe mane ader gurau je.Tentulah kertas.Nak jimat ambil je surat kabo lama pastu camtum pakai gam.kalu nk jelas beli le ketas minyak.
2.pensil
3.pembaris dan tali inci
4.pensil jahit/kapur..atau yang seangkatan dengan nyer..
5.gunting kertas..jgn pakai guntin baju plak dik non oi..
6 ukuran badan anda...saya guna dalam inci tau.




pola badan






































pola lengan





Cara Membuat pola
pola baju 
memula buat l terbalik.ikut ukuran yang saya bagi ni yerkk..ni ukuran standart la saya bagi.nanti letak le saiz korang sendiri yer.
AB adalah pangjang labuh baju dari leher ke semana suka pangjang mana. standart saya 30"-35"..ingat saya ni orangnyer bersaiz tinggi ehehehe.
AC ukuran bahu ke pinggang.standart ukuran 14"
AD bahu ke ketiak..9"
AE ukuran bahu..saya 17"
EF turunkan 1.5"
AG ukuran leher 3.5" dekat point g tu turunkan 1".Bentukkan leher belakang.
DH ukuran dada 9"
DI dari point D naikkan 4" .garis lurus
IJ ukuran bidang belakang 6.5"-7"
CK ukuran pinggang 8"-10"
CL dari point C turunkan 8".garis lurus
LM ukuran punggung 10.5"
BN ukuran punggung 10.5+1"=11.5"
BN dari point N naikkan 0.5"



untuk pola badan depan guna pola sama cuma pakai pensel yang kaler lain dari tadi yer..nanti keliru pulak.
Dari point A turunkan 4" dapat P.garis lurus bentukkan leher depan.



POLA LENGAN
Buat garisan pangjang AB=pangjang tangan dik non la yer
AC dari point A turunkan 4" garis lurus melintang.
AD,DB ukuran pgjang AB di bahagi 2
AF=AG 1.5"
CE yang ni susah skitt...skitttt jer pun hehehe.ok anda mulakan dengan 9" sebab apa?cemane den nak gitau ni.problem nih...cegini,nanati ukuran yg kita akan dapat untuk AFE mesti nk sama ngn ukuran ketiak.nanti kalau tak dapat sama dgn ukuran ketiak dik nun tambahkan atau kurangkan ukuran CE yer.
AE di bahagi kpd 2 buat garisan seperti rajah yer...garisan ni la mesti nk sama dgn ketiak...
formulanyer : ukuran ketiak bahagi 2 +1/2"-1/4"..ukuran saya dapat la 10" anda bagaimana?
DH ukuran lilit siku bahagi 2
BI ukuran luas tangan yg anda suka di bahagi 2.
untuk ukuran yang sebelah ladi pulak AG sama AF.
point yang sama macam E tu lupe nak bagi nama..saya bagi K yer..ukuran pun sama dengan CE.
AK dibagi 3 dan ikut macam dam rajah yer....
formula : ketiak d bahagi 2 -1/2"-1/4
ok sambung garis-garis point yer ....fuhhhhhhh lege sekejap..pasai ni la gamaknyer xbleh jadi cikgu uhuhuhhuhu...




Apasal?...pening?...ehehhehe releks ahhh.Tarik nafas kawan-kawann ehehhe.senang je tumpukan perhatian.Perhatikan setiap not-not yang saya buat pada lakaran dan ikut..
kalau tak paham jugak boleh tanyer..Hah kalau ada saper2 yang keje arkitek kat sini boleh la tunjuk ajar pada kawan-kawan yang tak tahu langsung nak lukis ni ehehehe..gurau je..pelahan-pelahan kayuh yer...tak jadi sekali,buat lagi dan lagi..episod akan datang saya turunkan ilmu step nak gunting pulak tau..jangan lupa sediakan ayam panggang dan pulut kuning bersama telur rebusnye ahahahaha acah jer saya bukan hantu raya ekekekeke.ok selamat mencuba ye dan semoga berjaya.... 


CARA MEMBUAT KAIN BAJU KURUNG....

KAIN BAJU KURUNG
(ikut cara saya.., pakai sendiri)

UKURAN
1. Pinggang
2. Ponggong + 4 inci
3. Labuh
Katakan Ukuran ialah:
1. Pinggang = 34 inci
2. Ponggong =  42 inci + 4,
    kemudian dibahagi 2
    = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci
3. Labuh = 40 inci

Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju,  2 m lagi untuk kain

Kain dilipat 2
Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci
1. Mula-mula kain dilipat 22. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci
3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)
4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar)
5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4)
     tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.
6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)
7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren), jahit 2
    kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki
8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi.

9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul


10.
A - Ukuran lebar (30 - 33 inci)
B- Ukuran Ponggong (23 inci)
C - Baki dari lebar kain dengan  ponggong
C - Katakan lebih ialah 12 inci.
      kalikan dengan 2.   12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61 cm)
      okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini
       kecil sahaja,       mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.)

      Kita katakan buat 3 lipatan.    So,  24 bahagi 3 =  8 inci
11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.)

12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.
13.  3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama
       atau lebih sedikit dari  zip

14.  Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari zip

Gambarajah Y
15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.

16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci  atau 2 inci.


17. Tandakan dan potong.


18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.


gambarajah X
19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah
      dijahit tepi,  anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam
      agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)
20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci  daripada atas, 1 inci ni
      bergantung  kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan.
     (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk  kain budak)
MASUKKAN GETAH.
(saya guna getah semua, senang sikit!)
Ukuran pinggang = 34 inci
UKURAN GETAH  kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci
 = 31 inci.
21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut.  kain ini
      diambil dari kain perca, dan buat 2  - 3 lapis biar tebal sikit.

Gambarajah Z
22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian
      getah  yang  dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi. 

23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung.  Kemudian Sematkan dengan jarum peniti

      kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.

24.  Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan tersebut

       di tengah2, tarik getah bagi balance.

25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk) 
26.  Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi.
       CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan.
       Buat sehingga Penghujung.
27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook). 


MARI BELAJAR MEMBUAT BAJU KURUNG....


*************
BAJU KURUNG
Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E
Senang bukan?
Apa-apanya...
ABadan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
BTangan - 2 keping, kiri dan kanan
CKekek- 2 keping, kiri dan kanan
DPesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
ELeher - satu je
CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )
Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,
UKURAN
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN
ai, aii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuranLebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan
aii Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakangLebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah
bi Ukur Panjang TanganLebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh))Lebihkan 3/4 "
bi Ukur lebar tangan bawah (separuh)Lebihkan 3/4"
cUkur kekek, ini 4 segi samaLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di Ukur lebar pesak atasLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii Ukur lebar pesak bawahLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.
biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii Ukur labuh leher baju tubiasanya 4 - 41/2"

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi
A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.
potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan
Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan.
Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 .
so, B = 17 1/2 "
Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.
POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak
Cara saya mengukur pesak .
OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )
kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dandii. 
potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG
nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak....
tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.
tadi ukur leher? katakankan 5"Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni,gunting pelan tersebut
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.


Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN
1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas.
2. Ambil satu kekek

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.
Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak

cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....
TERIMA KASIHLAH.....